Friday, September 5, 2008

Kawalan Kewangan Diri

3. Budget

Ini merupakan pelan tindakan dan susunan kewangan harian dan bulanan anda. Dilakukan untuk mengawal perbelanjaan supaya tidak kering duit. Pastikan duit anda tidak (-). Ini boleh diketahui dengan budget.

BUDGET BULANAN/HARIAN

Pendapatan Isi Rumah
1. Suami RM 1,500
2. Isteri RM 1,500
3. Part Time RM 300
Jumlah RM 3,300

Perbelanjaan Sebulan
1. Simpanan RM 350
2. Kereta RM 400
3. Sewa Rumah RM 500
4. Minyak RM 350
5. Makan RM 350
6. Pampers dan susu anak RM 200
7. Nursery Anak RM 150
8. Bil-bil (Tmasuk prepaid) RM 150
9. Bayar hutang PTPTN RM 100
10. Bayar hutang kawan RM 50
11. Bagi Mak/Ayah RM 250
12. Kecemasan RM 150
13. Lain-lain RM150
JUMLAH RM 3,150

Oleh itu Pendapatan -Perbelanjaan (RM 3300-3150=50). Ini merupakan satu buget yang (+).

Perkara pertama yang perlu dilakukan bila anda dapat gaji ialah simpanan. Anda Bagaimana?
Kalau belum melakukan apa-apa tindakan, bermula lah sekarang. Ubahkan tindakan, mudah-mudahan berubah hasilnya.

Ketiga tiga perkara dalam Kawalan Kewangan Diri, tadi sering berkait. Anda hendaklah melakukan ketiga tiga perkara tersebut. Inilah langkah pertama untuk anda menjadi jutawan. Bab seterusnya akan saya terangkan bila anda sudah mempunyai simpanan RM 200 ribu. Siapa yang dah berjaya hubungi saya nanti.

Kesimpulannya, Bab yang Pertama untuk berjaya adalah dengan mempunyai simpanan RM 200 ribu. Ini dapat dilakukan dengan belajar Kawalan Kewangan Diri. Perkara ini memerlukan kesabaran, kesungguhan dan displin yang mantap. Tetapi hasilnya anda akan lihat dalam 5 tahun lagi.

Anda harus ingat nak menjadi doktor mengambil masa 5 tahun dan belajar di universiti. Itupun gaji setelah bergelar doktor adalah sekitar RM 5 ribu hingga Rm 10 ribu. Tetapi gerak kerja untuk menjadi jutawan adalah seperti yang saya terangkan. Yang hebat hasilnya adalah SIMPANAN yang bernilai RM 1 juta. Anda bebas sebebasnya (Masa, Tenaga, RM).

Keputusan ditangan anda. Sudahkah anda bersedia menjadi seorang JUTAWAN.

Kawalan Kewangan Diri

2. Simpanan



Ini adalah perkara terpenting dalam Kawalan Kewangan Diri. Semua jutawan yang betul-betul berjaya yang saya jumpa mengatakan inilah yang perlu diutamakan. Kalau nak berjaya simpanan kena ada. Apa guna kalau dalam slip gaji ditulis RM 5 ribu sebulan tetapi simpananya setakat RM 300 sahaja. Adalah lebih baik kalau dalam slip gaji hanya ditulis RM 1500 tetapi mempunyai simpanan RM 50 ribu. Anda bagaimana?




a) Menyimpan RM 10 Sehari
RM 10 X 30 Hari = RM 300 sebulan
RM 300 X 12 Bulan
= RM 3600 setahun
RM 3600 X 5 Tahun = RM 18,000

b) Menyimpan RM 30 Sehari
RM 30 X 30 Hari = RM 900 sebulan
RM 900 X 12 Bulan = RM10,800 setahun
RM 10,800 X 5 Tahun = RM 54,000


c) Menyimpan RM 50 Sehari
RM 50 X 30 Hari = RM 1,500 sebulan
RM 1,500 X 12 Bulan = RM18,000 setahun
RM 18,000 X 5 Tahun = RM 90,000


d) Menyimpan RM 100 Sehari
RM 100 X 30 Hari = RM 3,000 sebulan
RM 3,000 X 12 Bulan = RM 36,000 setahun
RM 36,000 X 5 Tahun = RM 180,000

e) Menyimpan RM 200 Sehari
RM 200 X 30 Hari = RM 6,000 sebulan
RM 6,000 X 12 Bulan = RM 72,000 setahun
RM 72,000 X 5 Tahun = RM 360,000


f) Menyimpan RM 500 Sehari
RM 500 X 30 Hari = RM 15,000 sebulan
RM 15,000 X 12 Bulan = RM 180,000 setahun
RM 180,000 X 5 Tahun = RM 900,000




Pilih sahaja mana kemampuan anda?



Kalau anda tidak menyimpan hidup anda berada di tahap bahaya. Anda akan dikategorikan sebagai orang yang sering mengeluh setiap bulan. Anda akan lebih berjaya jika anda mulakan simpanan.


Kepada yang bekerja kerajaan, swasta dan peniaga:



Berapa lama anda sudah berkerja/berniaga?

Berapa simpanan anda?



Cuba bayangkan kalaulah anda berjaya menyimpan RM 300 Sebulan, dalam 5 tahun anda mempunyi simpanan RM 18,000. Cuba perhatikan akaun bank anda sekarang? Kalau tiada MULAKAN TINDAKAN SEKARANG.




Rakan-Rakan Jutawan yang saya jumpa semuanya mempunyai simpanan 1 juta. Berikut adalah strategi mereka.



1. Suami RM 200 ribu dalam ASN

2. Isteri RM 200 ribu dalam ASN

3. Anak RM 200 ribu dalam ASN

4. Anak RM 200 ribu dalam ASN



Cuba bayangkan berapakah dividen ASN yang diperolehi. Kalaulah 8% setahun, inilah hasilnya.




1. Dividen suami RM 18 ribu setahun. Diguna untuk bayar kereta (RM1,500 sebulan)

2. Dividen isteri RM 18 ribu setahun. Diguna untuk bayar rumah (RM 1,500 sebulan)

3. Dividen anak RM 18 ribu setahun. Diguna untuk perbelanjaan (RM 1,500 sebulan)

4. Dividen anak RM 18 ribu setahun. DI SIMPAN.


Bukankah cara ini yang terbaik. Bagaimana dengan duit GAJI/PENDAPATAN mereka?




Oleh itu cukupkan akaun anda RM 200 ribu barulah menjadi seperti mereka. Usahakan walau dengan apa cara sekalipun (jangan merompak ye, guna cara halal) untuk melepaskan target simpanan harian anda.



Untuk menjadikan simpanan harian ini satu kenyataan, anda hendaklah mengurangkan perbelanjaan. Ini dapat dilakukan dengan mempunyai BUDGET bulanan. (Perkara Ketiga Dalam Kawalan Kewangan Diri)



Kawalan Kewangan Diri

1. Kecairan Modal

Ini adalah contoh perniagaan yang menggunakan modal 1 guni padi yang diusahakan dalam masa 3 tahun.

(Peniaga A)

Tahun Pertama 1 guni menghasilkan 10 guni
Tahun Kedua 10 guni menghasilkan 100 guni
Tahun Ketiga 100 guni menghasilkan 1,000 guni



Gunakan segala keuntungan yang anda perolehi untuk diniagakan tahun berikutnya. Ada yang mengatakan susah nak buat sebab kita kena jaga overhead (perbelanjaan). Kalau anda ada perasaan begini anda berada dalam situasi kegagalan. Carilah penyelesaian untuk mengatasi overhead. Lagipun kita nak gunakan keuntungan bersih untuk diniagakan.

(Peniaga B)

Tahun Pertama 1 guni menghasilkan 10 guni Diguna 9 – Untuk membeli V6
Tahun Kedua 1 guni menghasilkan 10 guni Diguna 9 -- Untuk membeli tanah
Tahun Ketiga 1 guni menghasilkan 10 guni

Kesimpulan dan Hasil

Akhirnya setelah 3 tahun,
Peniaga A mempunyai 1,000 guni sahaja.
Peniaga B mempunyai 10 guni, kereta v6 dan sebidang tanah.
Pada pandangan anda siapakah yang lebih berjaya?


Kalau difikirkan sekali Peniaga B lebih berjaya sebab ada kereta dan tanah. Tetapi bila difikir dua kali Peniaga A adalah lebih berjaya. Manakan tidak kalaulah v6 dan tanah tersebut boleh diperolehi dengan nilai 18 guni maka 1,000-18 = 982 guni. Anda rasa berapa banyak tanah dan v6 yang boleh dibeli oleh Peniaga A setelah 3 tahun?



Oleh itu nak berjaya dalam perniagaan gunakan cara Peniaga A. Jangan suka sangat nak menunjuk nunjuk (pastikan anda dah betul-betul mantap barulah melakukan tindakan beli kereta terutama Mercedez). Saya pernah berjumpa dengan rakan rakan yang mempunyai kereta mercedez tetapi duitnya hampas (bukan semua ye), nak belanja makan pun kedekut.



Saya juga pernah berjumpa rakan MLM yang dah mempunyai Mercedez, tetapi pendapatan TAK meningkat setelah membeli Mercedez. (Ingat bukan Mercedez yang menaikkan jualan anda, tetapi strategi dan tindakan yang berterusanlah yang menentukannya). Buktinya sebelum anda membeli mercedez pun anda dah menaikkan pendapatan anda. Mercedez hanyalah menaikkan perbelanjaan anda sahaja. Alangkah baiknya bersabar sekejap walaupun sebenarnya anda rasa anda mampu. Tetapi persoalannya Adakah anda mampu membayar kereta tersebut jika pendapatan anda dihilangkan serta merta? Kalau Ya, anda mampu. Kalau Tidak, anda sebenarnya tidak mampu.



Inilah yang menyebabkan ramai rakan saya yang kereta mewah mereka terpaksa di lelong. Mereka rasa mereka mampu tetapi hakikat sebenarnya tidak mampu. Orang yang mampu adalah orang yang bila pendapatannya hilang serta merta namun beliau dapat meneruskan pembayaran kereta tersebut tanpa mengeluh sebab dah ada PERSIAPAN SIMPANAN(Perkara kedua dalam Kawalan Kewangan Diri)

JUTAWAN ADALAH SATU KERJAYA

Tahukah anda jutawan adalah satu profession (kerjaya)? Ianya perlu dipelajari seolah olah menjadi seperti seorang doktor.

Saya pernah berjumpa ramai jutawan dan belajar dengan mereka macamana nak menjadi seorang jutawan. Disebabkan itulah saya berhasrat menjadi seorang jutawan. Ramai yang saya jumpa menafsirkan jutawan dengan pelbagai maksud. Tidak kurang yang saya jumpa merupakan jutawan belon (pendapatan pernah mencecah 1 juta tapi duitnya tak ada, hanya dalam statement pendapatan, biasanya MLM). Berikut adalah beberapa pendapat tentang jutawan.
1. Ada Aset 1 juta (kereta dan rumah)
2. Pernah mencecah pendapatan 1 juta
3. Ada duit tunai 1 juta

Bagi saya, jutawan yang saya nak capai adalah jutawan yang mempunyai simpanan 1 juta. Bukan Rupiah tetapi Ringgit Malaysia. Anda bagaimana?

Seperti yang saya terangkan tadi, jutawan adalah satu kerjaya yang perlu dipelajari seperti belajar menjadi seorang doktor. Untuk menjadi seorang doktor anda perlu belajar di universiti dan menghabiskan SILIBUS yang mengambil masa 4 hingga 5 tahun. Tahukah anda sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor anda boleh belajar di UIA, UPM, UKM dan lain-lain U di dunia ini. Yang menarik SILIBUS nya tetap sama, tak kira dimana U anda belajar. Sebenarnya U tadi merupakan platform sahaja untuk anda bergelar seorang doktor.

Bergelar JUTAWAN BAGAIMANA? Apakah SILIBUS yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang JUTAWAN. Jadi disini saya kongsikan pengalaman saya belajar dengan jutawan yang hebat. Bukan jutawan belon ataupun bekas jutawan. Tetapi jutawan yang betul-betul kaya dan berjaya dalam perniagaan.
Beliaulah yang mengatakan kepada saya jutawan adalah satu kerjaya yang perlu dipelajari seperti belajar menjadi seorang doktor. Belajar menjadi jutawan adalah berbeza dengan menjadi peniaga atau usahawan. Apa sahaja yang kita usahakan seperti MLM, kerja kerajaan, kilang, swasta, berniaga, ada syarikat sendiri dan bermacam lagi adalah platform sahaja seperti U tadi untuk menjadi seorang dokor. Saya berharap agar anda faham dengan apa yang saya maksudkan. Jadi, apakah SILIBUS untuk menjadi seorang jutawan?

Saya diberitahu ada 4 bab sahaja ilmu yang perlu dipelajari untuk menjadi jutawan. Tetapi disini saya cuma nak kongsikan bab pertama sahaja. Saya akan kongsikan bab yang seterusnya jika anda berjaya melepasi bab yang pertama ini (bukan dari segi teorinya tetapi hasil dari tindakan yang dilakukan).

Bab 1 (Kawalan Kewangan diri)

Merupakan asas pertama untuk menjadi jutawan. Bukan membaca buku menjadi jutawan, motivasi dan sebagainya. Apa guna kalau kita cuma pernah bergelar bekas jutawan. Mengapa perkara ini berlaku? Punca utama adalah tidak pandai mengawal kewangan. Dalam Bab 1 (Kawalan Kewangan Diri) ini terdapat 3 perkara utama iaitu;
1. Kecairan Modal
2. Simpanan
3. Budget