Ini adalah contoh perniagaan yang menggunakan modal 1 guni padi yang diusahakan dalam masa 3 tahun.
(Peniaga A)
Tahun Pertama 1 guni menghasilkan 10 guni
Tahun Kedua 10 guni menghasilkan 100 guni
Tahun Ketiga 100 guni menghasilkan 1,000 guni
Gunakan segala keuntungan yang anda perolehi untuk diniagakan tahun berikutnya. Ada yang mengatakan susah nak buat sebab kita kena jaga overhead (perbelanjaan). Kalau anda ada perasaan begini anda berada dalam situasi kegagalan. Carilah penyelesaian untuk mengatasi overhead. Lagipun kita nak gunakan keuntungan bersih untuk diniagakan.
(Peniaga B)
Tahun Pertama 1 guni menghasilkan 10 guni Diguna 9 – Untuk membeli V6
Tahun Kedua 1 guni menghasilkan 10 guni Diguna 9 -- Untuk membeli tanah
Tahun Ketiga 1 guni menghasilkan 10 guni
Kesimpulan dan Hasil
Akhirnya setelah 3 tahun,
Peniaga A mempunyai 1,000 guni sahaja.
Peniaga B mempunyai 10 guni, kereta v6 dan sebidang tanah.
Pada pandangan anda siapakah yang lebih berjaya?
Kalau difikirkan sekali Peniaga B lebih berjaya sebab ada kereta dan tanah. Tetapi bila difikir dua kali Peniaga A adalah lebih berjaya. Manakan tidak kalaulah v6 dan tanah tersebut boleh diperolehi dengan nilai 18 guni maka 1,000-18 = 982 guni. Anda rasa berapa banyak tanah dan v6 yang boleh dibeli oleh Peniaga A setelah 3 tahun?
Oleh itu nak berjaya dalam perniagaan gunakan cara Peniaga A. Jangan suka sangat nak menunjuk nunjuk (pastikan anda dah betul-betul mantap barulah melakukan tindakan beli kereta terutama Mercedez). Saya pernah berjumpa dengan rakan rakan yang mempunyai kereta mercedez tetapi duitnya hampas (bukan semua ye), nak belanja makan pun kedekut.
Saya juga pernah berjumpa rakan MLM yang dah mempunyai Mercedez, tetapi pendapatan TAK meningkat setelah membeli Mercedez. (Ingat bukan Mercedez yang menaikkan jualan anda, tetapi strategi dan tindakan yang berterusanlah yang menentukannya). Buktinya sebelum anda membeli mercedez pun anda dah menaikkan pendapatan anda. Mercedez hanyalah menaikkan perbelanjaan anda sahaja. Alangkah baiknya bersabar sekejap walaupun sebenarnya anda rasa anda mampu. Tetapi persoalannya Adakah anda mampu membayar kereta tersebut jika pendapatan anda dihilangkan serta merta? Kalau Ya, anda mampu. Kalau Tidak, anda sebenarnya tidak mampu.
Inilah yang menyebabkan ramai rakan saya yang kereta mewah mereka terpaksa di lelong. Mereka rasa mereka mampu tetapi hakikat sebenarnya tidak mampu. Orang yang mampu adalah orang yang bila pendapatannya hilang serta merta namun beliau dapat meneruskan pembayaran kereta tersebut tanpa mengeluh sebab dah ada PERSIAPAN SIMPANAN(Perkara kedua dalam Kawalan Kewangan Diri)
No comments:
Post a Comment