Friday, September 5, 2008

JUTAWAN ADALAH SATU KERJAYA

Tahukah anda jutawan adalah satu profession (kerjaya)? Ianya perlu dipelajari seolah olah menjadi seperti seorang doktor.

Saya pernah berjumpa ramai jutawan dan belajar dengan mereka macamana nak menjadi seorang jutawan. Disebabkan itulah saya berhasrat menjadi seorang jutawan. Ramai yang saya jumpa menafsirkan jutawan dengan pelbagai maksud. Tidak kurang yang saya jumpa merupakan jutawan belon (pendapatan pernah mencecah 1 juta tapi duitnya tak ada, hanya dalam statement pendapatan, biasanya MLM). Berikut adalah beberapa pendapat tentang jutawan.
1. Ada Aset 1 juta (kereta dan rumah)
2. Pernah mencecah pendapatan 1 juta
3. Ada duit tunai 1 juta

Bagi saya, jutawan yang saya nak capai adalah jutawan yang mempunyai simpanan 1 juta. Bukan Rupiah tetapi Ringgit Malaysia. Anda bagaimana?

Seperti yang saya terangkan tadi, jutawan adalah satu kerjaya yang perlu dipelajari seperti belajar menjadi seorang doktor. Untuk menjadi seorang doktor anda perlu belajar di universiti dan menghabiskan SILIBUS yang mengambil masa 4 hingga 5 tahun. Tahukah anda sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor anda boleh belajar di UIA, UPM, UKM dan lain-lain U di dunia ini. Yang menarik SILIBUS nya tetap sama, tak kira dimana U anda belajar. Sebenarnya U tadi merupakan platform sahaja untuk anda bergelar seorang doktor.

Bergelar JUTAWAN BAGAIMANA? Apakah SILIBUS yang perlu dipelajari untuk menjadi seorang JUTAWAN. Jadi disini saya kongsikan pengalaman saya belajar dengan jutawan yang hebat. Bukan jutawan belon ataupun bekas jutawan. Tetapi jutawan yang betul-betul kaya dan berjaya dalam perniagaan.
Beliaulah yang mengatakan kepada saya jutawan adalah satu kerjaya yang perlu dipelajari seperti belajar menjadi seorang doktor. Belajar menjadi jutawan adalah berbeza dengan menjadi peniaga atau usahawan. Apa sahaja yang kita usahakan seperti MLM, kerja kerajaan, kilang, swasta, berniaga, ada syarikat sendiri dan bermacam lagi adalah platform sahaja seperti U tadi untuk menjadi seorang dokor. Saya berharap agar anda faham dengan apa yang saya maksudkan. Jadi, apakah SILIBUS untuk menjadi seorang jutawan?

Saya diberitahu ada 4 bab sahaja ilmu yang perlu dipelajari untuk menjadi jutawan. Tetapi disini saya cuma nak kongsikan bab pertama sahaja. Saya akan kongsikan bab yang seterusnya jika anda berjaya melepasi bab yang pertama ini (bukan dari segi teorinya tetapi hasil dari tindakan yang dilakukan).

Bab 1 (Kawalan Kewangan diri)

Merupakan asas pertama untuk menjadi jutawan. Bukan membaca buku menjadi jutawan, motivasi dan sebagainya. Apa guna kalau kita cuma pernah bergelar bekas jutawan. Mengapa perkara ini berlaku? Punca utama adalah tidak pandai mengawal kewangan. Dalam Bab 1 (Kawalan Kewangan Diri) ini terdapat 3 perkara utama iaitu;
1. Kecairan Modal
2. Simpanan
3. Budget

No comments: