2. SimpananIni adalah perkara terpenting dalam Kawalan Kewangan Diri. Semua jutawan yang betul-betul berjaya yang saya jumpa mengatakan inilah yang perlu diutamakan. Kalau nak berjaya simpanan kena ada. Apa guna kalau dalam slip gaji ditulis RM 5 ribu sebulan tetapi simpananya setakat RM 300 sahaja. Adalah lebih baik kalau dalam slip gaji hanya ditulis RM 1500 tetapi mempunyai simpanan RM 50 ribu. Anda bagaimana?
a) Menyimpan RM 10 Sehari
RM 10 X 30 Hari = RM 300 sebulan
RM 300 X 12 Bulan = RM 3600 setahun
RM 3600 X 5 Tahun = RM 18,000
b) Menyimpan RM 30 Sehari
RM 30 X 30 Hari = RM 900 sebulan
RM 900 X 12 Bulan = RM10,800 setahun
RM 10,800 X 5 Tahun = RM 54,000
c) Menyimpan RM 50 Sehari
RM 50 X 30 Hari = RM 1,500 sebulan
RM 1,500 X 12 Bulan = RM18,000 setahun
RM 18,000 X 5 Tahun = RM 90,000
d) Menyimpan RM 100 Sehari
RM 100 X 30 Hari = RM 3,000 sebulan
RM 3,000 X 12 Bulan = RM 36,000 setahun
RM 36,000 X 5 Tahun = RM 180,000
e) Menyimpan RM 200 Sehari
RM 200 X 30 Hari = RM 6,000 sebulan
RM 6,000 X 12 Bulan = RM 72,000 setahun
RM 72,000 X 5 Tahun = RM 360,000
f) Menyimpan RM 500 Sehari
RM 500 X 30 Hari = RM 15,000 sebulan
RM 15,000 X 12 Bulan = RM 180,000 setahun
RM 180,000 X 5 Tahun = RM 900,000
Pilih sahaja mana kemampuan anda?
Kalau anda tidak menyimpan hidup anda berada di tahap bahaya. Anda akan dikategorikan sebagai orang yang sering mengeluh setiap bulan. Anda akan lebih berjaya jika anda mulakan simpanan.
Kepada yang bekerja kerajaan, swasta dan peniaga:
Berapa lama anda sudah berkerja/berniaga?
Berapa simpanan anda?
Cuba bayangkan kalaulah anda berjaya menyimpan RM 300 Sebulan, dalam 5 tahun anda mempunyi simpanan RM 18,000. Cuba perhatikan akaun bank anda sekarang? Kalau tiada MULAKAN TINDAKAN SEKARANG.
Rakan-Rakan Jutawan yang saya jumpa semuanya mempunyai simpanan 1 juta. Berikut adalah strategi mereka.
1. Suami RM 200 ribu dalam ASN
2. Isteri RM 200 ribu dalam ASN
3. Anak RM 200 ribu dalam ASN
4. Anak RM 200 ribu dalam ASN
Cuba bayangkan berapakah dividen ASN yang diperolehi. Kalaulah 8% setahun, inilah hasilnya.
1. Dividen suami RM 18 ribu setahun. Diguna untuk bayar kereta (RM1,500 sebulan)
2. Dividen isteri RM 18 ribu setahun. Diguna untuk bayar rumah (RM 1,500 sebulan)
3. Dividen anak RM 18 ribu setahun. Diguna untuk perbelanjaan (RM 1,500 sebulan)
4. Dividen anak RM 18 ribu setahun. DI SIMPAN.
Bukankah cara ini yang terbaik. Bagaimana dengan duit GAJI/PENDAPATAN mereka?
Oleh itu cukupkan akaun anda RM 200 ribu barulah menjadi seperti mereka. Usahakan walau dengan apa cara sekalipun (jangan merompak ye, guna cara halal) untuk melepaskan target simpanan harian anda.
Untuk menjadikan simpanan harian ini satu kenyataan, anda hendaklah mengurangkan perbelanjaan. Ini dapat dilakukan dengan mempunyai BUDGET bulanan. (Perkara Ketiga Dalam Kawalan Kewangan Diri)